demi masa,manusia berada dalam kerugian..
teringat 5 perkara sebelum 5 perkara
lapang sebelum sibuk
kaya sebelum miskin
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
hidup sebelum mati
balek kampung kali ni terasa begitu insaf sekali
teringat 5 perkara sebelum 5 perkara
lapang sebelum sibuk
kaya sebelum miskin
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
hidup sebelum mati
balek kampung kali ni terasa begitu insaf sekali
- pagi tadi, selepas subuh, ada tazkirah di masjid. Rumah mek dekat dgn masjid jadi aku boleh mendengar tazkirah itu dgn jelas sekali. Tentang kembalinya kita kepada Allah, tentang hari terakhir yang dijanjikan Allah yang PASTI akan tiba. Sangkakala yang pertama ditiup utk memusnahkan segenap manusia. Hujan akn turun dari 'Arasyh selama 40 tahun utk menyegarkan kembali mayat2 yang telah sekian lama di alam barzakh. Sangkakala yang kedua ditiup utk menghidupkan kembali manusia yang telah mati. Di kala itu, manusia akan dikejutkan setelah lena yang pjg. Perhitungan bermula..dan yang kufur tidak akan bersama mereka yang dirahmatinya. Ketika itu si isteri mencari suami, suami mencari isteri meminta secebis simpati agar dapat diselamatkan dari azab neraka.Tapi sesungguhnya Allah Maha Adil. Ketika itu, aku rasa kecil sekali, ingin menangis, ingin rasanya dipeluk erat, takut, resah, gentar dgn kekuasaan Allah yang tiada tandingan. Aku lantas menyelimutkan diriku dan terlena dalam gementar itu. Astagfirullah..ampunkanlah dosa2 ku dan keluargaku ini dan biarlah aku tergolong dalam org2 yang soleh..
- Petang tadi, seperti kebiasaan setiap kali balek kampung, abah mengajak adik2 lelaki ku ke kubur arwah tok ayah utk menyedekahkan sedikit bacaan dan membersihkan kubur. Adik syaza ku teringin skali hendak mengikut. Katanya dia tidak kenal kubur tok ayah. Aku pun rasa begitu, ada benarnya kata syaza. Setelah bertanya abah, abah benarkan ikut same. Sampai di sana, hati ini terasa sayu sekali. Sunyi dan sepi. Alangkah sunyi dan sepi mereka di sini. Tiadakah sanak saudara yang dtg melawat? Kami mencari2 kubur arwah tok ayah. 'Mohamed bin Zakaria, Sept 93' . Tertulis nama arwah tok ayah di kepingan batu yang mengelilingi pusara tok ayah. Sudah genap 15 tahun tok ayah pergi. Sungguh aku rindukan dia. Kami hamparkan surat khabar dan sama2 membacakan sedikit tahlil. Kelihatan serangga penuh diselimuti dedaunan kering yang penuh di kawasan itu. Ulat gonggok, semut2, kerengga byk sekali. Geli, tapi itulah hakikatnya, merekalah yang akan menjadi peneman suatu hari nnt. Astagfirullah..gerun hati ini, terasa kecil sekali..Astagfirullah..Assalamualaikum..itulah yang kuucapkan utk tok ayah sebelum meninggalkan pusaranya..Abah sempat berpesan, doa anak yang soleh terus smpai buat si mati..Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami dan tempatkan kami bersama org2 yg memperoleh rahmatmu..Al-fatihah utk tok ayah.
- Baru sahaja ku pulang dari masjid selesai tarawih..seorg makcik di sebelah ku begitu gigih dtg ke masjid dan sama2 solat berjemaah sedangkan lututnya sakit. "Lutut mok cik sakit, tok leh nok bangung tak di.." katanya padaku, mungkin malu apabila rakaat ketiga dan keempat solat isyaknya diteruskan dgn duduk shj..Malu rasanya diriku sbg seorg yang masih muda dan gagah ini. Kagum aku pd semangatnya. InsyaAllah, aku memohon padaMu ya Allah agar aku memanafaatkan masa mudaku sepenuhnya..InsyaAllah~
No comments:
Post a Comment