29.9.08

demi masa

demi masa,manusia berada dalam kerugian..
teringat 5 perkara sebelum 5 perkara

lapang sebelum sibuk
kaya sebelum miskin
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
hidup sebelum mati

balek kampung kali ni terasa begitu insaf sekali
  • pagi tadi, selepas subuh, ada tazkirah di masjid. Rumah mek dekat dgn masjid jadi aku boleh mendengar tazkirah itu dgn jelas sekali. Tentang kembalinya kita kepada Allah, tentang hari terakhir yang dijanjikan Allah yang PASTI akan tiba. Sangkakala yang pertama ditiup utk memusnahkan segenap manusia. Hujan akn turun dari 'Arasyh selama 40 tahun utk menyegarkan kembali mayat2 yang telah sekian lama di alam barzakh. Sangkakala yang kedua ditiup utk menghidupkan kembali manusia yang telah mati. Di kala itu, manusia akan dikejutkan setelah lena yang pjg. Perhitungan bermula..dan yang kufur tidak akan bersama mereka yang dirahmatinya. Ketika itu si isteri mencari suami, suami mencari isteri meminta secebis simpati agar dapat diselamatkan dari azab neraka.Tapi sesungguhnya Allah Maha Adil. Ketika itu, aku rasa kecil sekali, ingin menangis, ingin rasanya dipeluk erat, takut, resah, gentar dgn kekuasaan Allah yang tiada tandingan. Aku lantas menyelimutkan diriku dan terlena dalam gementar itu. Astagfirullah..ampunkanlah dosa2 ku dan keluargaku ini dan biarlah aku tergolong dalam org2 yang soleh..
  • Petang tadi, seperti kebiasaan setiap kali balek kampung, abah mengajak adik2 lelaki ku ke kubur arwah tok ayah utk menyedekahkan sedikit bacaan dan membersihkan kubur. Adik syaza ku teringin skali hendak mengikut. Katanya dia tidak kenal kubur tok ayah. Aku pun rasa begitu, ada benarnya kata syaza. Setelah bertanya abah, abah benarkan ikut same. Sampai di sana, hati ini terasa sayu sekali. Sunyi dan sepi. Alangkah sunyi dan sepi mereka di sini. Tiadakah sanak saudara yang dtg melawat? Kami mencari2 kubur arwah tok ayah. 'Mohamed bin Zakaria, Sept 93' . Tertulis nama arwah tok ayah di kepingan batu yang mengelilingi pusara tok ayah. Sudah genap 15 tahun tok ayah pergi. Sungguh aku rindukan dia. Kami hamparkan surat khabar dan sama2 membacakan sedikit tahlil. Kelihatan serangga penuh diselimuti dedaunan kering yang penuh di kawasan itu. Ulat gonggok, semut2, kerengga byk sekali. Geli, tapi itulah hakikatnya, merekalah yang akan menjadi peneman suatu hari nnt. Astagfirullah..gerun hati ini, terasa kecil sekali..Astagfirullah..Assalamualaikum..itulah yang kuucapkan utk tok ayah sebelum meninggalkan pusaranya..Abah sempat berpesan, doa anak yang soleh terus smpai buat si mati..Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami dan tempatkan kami bersama org2 yg memperoleh rahmatmu..Al-fatihah utk tok ayah.
  • Baru sahaja ku pulang dari masjid selesai tarawih..seorg makcik di sebelah ku begitu gigih dtg ke masjid dan sama2 solat berjemaah sedangkan lututnya sakit. "Lutut mok cik sakit, tok leh nok bangung tak di.." katanya padaku, mungkin malu apabila rakaat ketiga dan keempat solat isyaknya diteruskan dgn duduk shj..Malu rasanya diriku sbg seorg yang masih muda dan gagah ini. Kagum aku pd semangatnya. InsyaAllah, aku memohon padaMu ya Allah agar aku memanafaatkan masa mudaku sepenuhnya..InsyaAllah~


24.9.08

defer or not?

I've got a call from Miss Tan, e-west, about my application to Kent university. She wanted to double-confirm whether i want to defer my application to next year or just cancel my application.
Deferring the application means that i still got place in the university for next year but if i cancel it, i have to apply again if i decide to go further my study.
So, i have choose to defer it to September next year.
This is where the confusion cames around.
Its my dream, study oversea and get a master in actuarial science.
But, there are things i have to considered.
Ya Allah, i believe in You in every way..
People may not keep their promise, but i know You will..

22.9.08

hari ini dan semalam

semalam,percaya
hari ini,kecewa
esok?
terus menanti
tidak pasti

9.9.08

masjid itu..

ni la masjid selat..cantik kan? indah sgt..




Fact about masjid Selat:
State Government of Melaka has build a Mosque at the coast of Selat Melaka in Bandar Hilir. Located at a Man Made Island named Pulau Melaka (Island of Melaka) is the one and only Mosque build at the coast of the Strait and at the water level of the sea. It will look like floating if the water level is high / tide happen. The Mosque or known as ‘Masjid Selat’, Costing about MYR10 Million. The Opening Ceremony was Done in 24th November 2006 by the Supreme Ruler of Malaysia (King) - Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Last 2 days, on 7 sept, turn jbtn ayah aku berbuke and solat tarawih di masjid Selat. Tujuannye utk mengimarahkan masjid. Kalau tidak memang xdek jemaah.Jadi kitaorg sefamily berbuke puase and solat tarawih kat situ. Anyhow, its a very beautiful mosque. Nyaman dgn angin pantai.Sayup pulak bunyi ombak berdesir. Mmg best. Tenang sekali.
But, the problem is that, kenape masjid tu dibina di satu compound yg tiada jemaahnya. Kawasan tu dibina rumah2 kedai dan mungkin apartment yang aku tidak pasti sudah siap atau terbengkalai.Yang pasti tidak berpenghuni semuanya.
Maka, semua jabatan kerajaan kene bergilir2 solat jumaat and tarawih di masjid ni.

Harapan aku,jgnlah masjid ni jadi mcm masjid kristal kt Terengganu. Xnaklah masjid yg tenang ni nnt msk youtube pulak."Jelmaan Aneh di Masjid Selat".Tak nak lah macam tu kan.

Semoga yang berkenaan di tempat lain mengambil iktibar. Jgn salahkan org yg buat,salahkan org yg suruh buat. Org yg buat kene ikut ckp org yg suruh buat. Terpakse.

6.9.08

bengang


solat tarawih di surau kg paya ikan
syaza meninggalkan surau selepas solat isyak.dia x sehat.
bila solat tarawih nak mula, 'makcik 1' yg dok hujung skali(sebelah kiri) selambe je smbhyg, aku rapatkan saf ke kanan, pastu sure la ade kosong kan, org blkg semua xnk ke depan..
aduh..apa masalah nye?berkali2 makcik sebelah alin(makcik 2) pggil diorg ke depan,xnk jgk..ade sorg tu selsema,xnk duduk bwh kipas,yg laen2 xtau la apsal kan..
akhirnya, 2 rakaat pertama sembhyg dlm saf terputus..
bengang.
aku bengang ngn sikap diorg..
seramai2 org belakang tu xdek yg ke depan..
'makcik 2' tu pdg2 aku b4 solat start..
die suruh renggang2kan sket saf spy x nmpk ksg..
cmtu ke carenye?
tp aku x mrh die, die serba salah..lgpn pastu die senyum je
salah aku ke?rasenye x..
aku bengang ngn makcik 1 sb die selambe je sembahyang..org btulkanlah saf dulu
aku bengang gak ngn org2 kt belakang,sorg pn x ke depan
lepas abes tarawih 2 rakaat, lps 'makcik 2' suruh sape kt belakang, ade la sorg ke depan, tu pn budak sekolah menengah..bgs budak tu..
hm,kesimpulannye, x kusyuk pn tarawih aku arini fikirkan saf, pastu smbg ngn perasaan bengang..aduh..

2.9.08

cerita di rumah Allah..

hari kedua puasa
aku,syaza n alin bergegas2 ke surau utk solat terawih..
tapi kitaorg terlambat..surau penuh..tu la surau kg paya ikan,sape cpt die dpt..terpakse la kami berjalan balek..terserempak ngn abah n abah janji nk bwk kami ke masjid bukit baru lepas abes abah solat isyak jemaah..
so, aku, abah, alin n syaza ke masjid bukit baru malam tadi..
sampai je sane,penuh budak2 kat anjung masjid berlari2 berkejar2..
masuk ke bahagian perempuan..
huh,pelik sungguh,kenape berkelompok2,saf entah ke mane..ya Allah..xpe ke mcm ni?hati aku rase x sedap yg amat sgt..tp sebab dh rakaat kedua solat tarawih,kami cpt2 angkat takbir,spy smpat ikut imam..
abes je solat,syaza bisik ke telinga aku "kak,xpe ke diorg smbhyg mcm ni?kelompok sane sini.."
"setahu kakak x boleh.." tu je la yang mampu aku jawab..aku pn x berape arif..
tp lepas tu,kami masuk ke saf yg btul..walaupn agak compang camping kat dpnnye..sungguh aku x kusyuk..
tgh bersolat,seorg budak lelaki,mgkin dlm lingkungan 4 atau 5 tahun, dtg melintas ke arah ibunya di saf hadapanku, berkali2 sehingga semasa rakaat kelapan, ibunya berhenti sembahyang dan menariknya keluar..ya Allah, betapa aku x kusyuk..aku boleh terlihat semuanya..
selesai sudah tarawih dan witir..seperti biasa berwirid dan berdoa sebelum selesai..aku kehairanan bila ramai yg membuka telekung,melipat telekung..kelihatan sudah tidak sabar2 mahu pulang..sehinggakan wirid tidak diendah, ketika berdoa tangan pun tidak diangkat utk diaminkan..apalah agknya yg dikejar..yg menyedihkan,bukan kanak2 tapi kaum2 ibu yg begitu kalut berpelakuan begitu..
aku pelik..
kerana aku tidak melihat situasi begini di negeri tmpat aku tinggal dulu..
selesai semuanya,kami bertiga ke tmpat parkir kereta..ku ceritakan pada abah..kata abah, arwah tok ayah pernah ckp kalau solat sunat,tidak mengapa jika tidak megikut saf..tp itu kata tok ayah..kata abah,bgnya, dh namanya solat berjemaah perlulah kita mengikut saf..
hm..aku pn bukanlah arif dan alim..tapi setakat yg aku tahu dan aku belajar, saf perlu dijaga..tidak dikira solat wajib ataupn sunat..
mgkin aku perlu mengkaji lebih lanjut..
betapa ilmu penting dalam menjalani hidup sbg seorg insan dan seorg islam..

1.9.08

new blog

its a perfect day..
1 ramadhan 1429
sehari selepas merdeka
umurku genap 22 tahun 2 hari

hari ini hari yang baek for me to start a blog~~

semoga menemukan lailatulqadar..
hope that independence is always ours..
and happy belated birthday for me!semoga sentiasa dirahmati Allah s.w.t!=)